9 jajahan Kelantan diramal banjir Ahad ini

9 jajahan Kelantan diramal banjir Ahad ini

JPS memaklumkan jajahan terbabit ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.

banjir kelantan
Jabatan Pengairan dan Saliran meramalkan banjir mungkin membabitkan lembangan Sg Kelantan dan Sungai Golok. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan banjir mungkin berlaku di sembilan jajahan Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad ini.

JPS dalam kenyataan memaklumkan jajahan terbabit ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.

“Di jajahan Tumpat, banjir dijangka melibatkan lembangan Sungai (Sg) Golok, Sungai Kelantan dan Sungai Pengkalan Nangka. Sementara di Pasir Mas, ia membabitkan lembangan Sg Golok dan Sg Kelantan.

“Di Kota Bharu membabitkan tiga lembangan sungai iaitu Sg Kelantan, Sg Pengkalan Datu dan Sg Semerak. Di Pasir Puteh melibatkan lembangan Sg Kelantan dan Sg Semerak.”

Bagi jajahan Bachok, banjir dijangka membabitkan lembangan Sg Kemasin dan Sg Semerak, manakala Tanah Merah melibatkan lembangan Sg Golok dan Sg Kelantan.

Di Kuala Krai, banjir dijangka membabitkan lembangan Sg Kelantan, manakala di Jeli melibatkan lembangan Sg Golok dan Sg Kelantan.

“JPS akan melakukan pemantauan secara berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir, jika hujan signifikan berterusan di lembangan sungai tersebut.”

Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tarikh jangkaan. Justeru, semua agensi pengurusan bencana serta penduduk di kawasan berisiko diminta berwaspada dan sentiasa peka terhadap arahan pihak berkuasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.