2 beranak maut nahas di WCE

2 beranak maut nahas di WCE

Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, dan anak lelakinya dianggarkan berusia dua tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

kemalangan wce
Keadaan dua kereta yang terbabit kemalangan di KM212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat arah selatan awal pagi tadi.  (Gambar JBPM Perak)
PETALING JAYA:
Dua beranak maut dalam nahas dua kenderaan di KM212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan di Lumut awal pagi tadi.

Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, dan anak lelakinya yang dianggarkan berusia dua tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata kemalangan itu membabitkan sebuah Proton Wira dan Perodua Kelisa.

Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.15 pagi tadi.

“Kemalangan membabitkan tiga lelaki dewasa, seorang wanita dan dua kanak-kanak. Semuanya tidak tersepit dan berjaya dikeluarkan orang awam.

“Pemeriksaan mendapati dua orang maut di lokasi kejadian merupakan penumpang Perodua Kelisa, manakala empat mangsa lain cedera,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa cedera dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk menerima rawatan, manakala mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.