Hujan berterusan dijangka di Sabah, Kelantan, Terengganu mulai Sabtu

Hujan berterusan dijangka di Sabah, Kelantan, Terengganu mulai Sabtu

Hujan berterusan tahap waspada itu dijangka melanda selama 3 hari.

Antara kawasan dijangka dilanda hujan berterusan selama 3 hari mulai Sabtu ini termasuk Sandakan dan Tawau di Sabah, Tumpat dan Pasir Mas di Kelantan, serta seluruh Terengganu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda beberapa bahagian di Sabah selama tiga hari mulai Sabtu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1 tengah hari ini memaklumkan, kawasan terlibat di Sabah termasuk Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Sementara itu, cuaca sama dijangka melanda Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh selama tiga hari bermula 29 Dis ini.

Turut diramal mengalami cuaca sama adalah seluruh Terengganu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.