
Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan kali terakhir Nur Aleeyah Qistina dilihat adalah pada petang Sabtu di kawasan blok A-2-2 Apartment Bangi Idaman, Seksyen 5C/5 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Nur Aleeyah Qistina pada 2.20 petang Ahad.
Nur Aleeyah Qistina berketinggian kira-kira 155 sentimeter, berbadan gempal dan berambut panjang serta memakai kemeja-T warna coklat ketika kali terakhir dilihat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat dimohon tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi IPD Kajang menerusi talian 03-8911 4222, atau penolong pegawai penyiasat Sarjan Mohd Khairul Hafiz Abd Ghani di talian 018-4027665.