Dera bayi: Guru taska tukar pengakuan kepada tak bersalah

Dera bayi: Guru taska tukar pengakuan kepada tak bersalah

Nur Shuhada Saharudin, 24, memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

gavel
Guru taska, Nur Shuhada Saharudin, 24, menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Selangor atas pertuduhan mendera bayi berusia 11 bulan. (Gambar Reuters)
KUALA SELANGOR:
Seorang guru taska hari ini menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia 11 bulan, 13 Dis lalu.

Nur Shuhada Saharudin, 24, memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Nurul Mardhiah menetapkan 4 Feb sebagai sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Elyza Amira Habeeb Rahman manakala tertuduh diwakili peguam Harnidawati Awangku Ibrahim.

Pada 20 Dis lepas, Nur Shuhadah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Klang yang membuat keputusan menetapkan hari ini sebagai tarikh jatuh hukuman selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, Nur Suhadah didakwa menganiaya mangsa dengan mencubit pipi dan telinga sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah taska di Puncak Alam pada 6.15 petang, 13 Dis.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.