BN runding kerusi kerana tak yakin boleh menang ‘solo’, kata pemimpin PN

BN runding kerusi kerana tak yakin boleh menang ‘solo’, kata pemimpin PN

Pengerusi Negeri Sembilan Hanifah Abu Bakar percaya BN sedar peningkatan sokongan terhadap PN di Negeri Sembilan.

bendera bn bernama-080924-1
Umno Negeri Sembilan menyuarakan harapan rundingan kerusi BN-PH akan membawa kepada pembahagian kerusi sama rata. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Langkah Barisan Nasional (BN) menyertai rundingan kerusi dengan Pakatan Harapan (PH) menunjukkan gabungan itu tidak yakin boleh menawan Negeri Sembilan jika bergerak secara bersendirian, menurut seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Negeri Sembilan Mohamad Hanifah Abu Bakar percaya BN sedar tentang peningkatan sokongan terhadap PN di Negeri Sembilan.

“PN Negeri Sembilan menerima sokongan padu pengundi Melayu dalam PRU15, serta sokongan semasa PRN pada 2023 menunjukkan peningkatan ketara pengundi bukan Melayu terhadap PN,” katanya kepada FMT.

Kerajaan perpaduan ketika ini memegang 31 daripada 36 kerusi, iaitu 17 bagi PH dan 14 BN. PN pula menduduki lima kerusi.

Semalam, Umno Negeri Sembilan menyuarakan harapan rundingan kerusi antara BN dan PH akan membawa kepada pembahagian kerusi sama rata pada pilihan raya akan datang.

Pengerusi Jalaluddin Alias berkata, kerusi DUN wajar dibahagi 18-18, dengan BN mempertahankan kerusi sedia ada dan menyasarkan beberapa kerusi yang diduduki PN, terutama Serting, Gemas dan Bagan Pinang.

Bagi menyahut cabaran tersebut, Hanifah berkata, semua komponen PN sepakat bertanding atas lambang gabungan.

“Sudah tentu pengundi lebih meyakini kesepakatan PN Negeri Sembilan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.