2 lelaki ditahan berkait gaduh di stesen LRT

2 lelaki ditahan berkait gaduh di stesen LRT

Suspek direman dua hari untuk siasatan bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan.

hooligan bodo
Terdahulu, tular rakaman di media sosial menunjukkan insiden pergaduhan antara dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, Sabtu lalu.
PETALING JAYA:
Dua lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit insiden pergaduhan kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan yang tular Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata pihaknya menerima video tindakan agresif dilakukan kumpulan terbabit sehingga menyebabkan tren terhenti kira-kira lapan minit.

“Tangkapan dibuat terhadap dua suspek berusia 22 dan 24 tahun di kediaman masing-masing hari ini.

“Kedua-dua suspek direman selama dua hari hingga esok bagi siasatan lanjut bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis memandang serius kejadian itu selain menyeru orang ramai tidak melakukan perbuatan salah di sisi undang- undang.

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial menunjukkan insiden pergaduhan antara dua kumpulan penyokong bola sepak di stesen LRT.

Sebelum itu, perlawanan terakhir Kumpulan A Piala AFF 2024 antara pasukan Harimau Malaya menentang Singapura berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan.

Ia menyebabkan Malaysia gagal menempah tiket ke perlawanan separuh akhir, seterusnya menamatkan kempen kali ini di kedudukan ketiga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.