Anggota polis ditemui lemas di tali air

Anggota polis ditemui lemas di tali air

Menurut laporan media semalam, mangsa dikatakan keletihan dan cuba berenang ke tebing, tetapi dihanyutkan arus deras.

Mayat Koperal Muhammad Taufik Sayuti ditemui pada 4.55 pagi tadi ketika operasi mencari dan menyelamat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Anggota polis yang dihanyutkan arus deras ketika mandi dekat tali air pintu gerbang Changkat Lada, Kampung Gajah di Ipoh semalam ditemui lemas.

Mayat Koperal Muhammad Taufik Sayuti ditemui pada 4.55 pagi tadi ketika operasi mencari dan menyelamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat mangsa dijumpai di sekitar kawasan tebing pada jarak 3m dari pusat kawalan bomba (PKB).

“Mangsa dibawa naik menggunakan bucket stretcher, tali webbing dan tali menyelamat. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Sinar Harian.

Semalam, media melaporkan mangsa berusia 39 tahun yang bertugas di bilik gerakan IPD Melaka Tengah dihanyutkan arus deras semasa mandi-manda bersama rakannya.

Mangsa yang baru selesai menghadiri majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Lada, dikatakan keletihan dan cuba berenang ke tebing, tetapi dihanyutkan arus deras.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.