Mayat tanpa pengenalan diri ditemukan di Kuala Kangsar

Mayat tanpa pengenalan diri ditemukan di Kuala Kangsar

Pemeriksaan didapati tidak menunjukkan kesan kecederaan lain secara fizikal, kata polis.

garisan kuning
Ketua Polis Kuala Kangsar, Heisham Harun, minta orang ramai yang punyai maklumat berkait penemuan mayat tanpa pengenalan diri supaya hubungi polis.
IPOH:
Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan orang awam di Sungai Kampung Punti, Padang Ampang dekat Kuala Kangsar.
Heisham Harun.

Ketua Polis Kuala Kangsar, Heisham Harun, berkata pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa didapati tidak menunjukkan kesan kecederaan lain secara fizikal, yang boleh menjerumuskan kepada unsur-unsur jenayah.

Beliau berkata laporan polis berkenaan insiden itu diterima kira-kira 11 pagi tadi.

“Mayat lelaki itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes itu menghubungi Ketua Polis Balai Kuala Kangsar Wan Mohd Zakirudin Arifin di talian 013-3669469 atau 05-7762222.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.