
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata ia berdasarkan siasatan polis menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar.
Menurutnya, hasil semakan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) turut mengesahkan kecederaan yang dialami kucing-kucing berkenaan adalah akibat serangan haiwan liar.
“Polis menerima tiga laporan berhubung kejadian ini pada 17, 20 dan 21 Disember lalu. Namun, tiada saksi insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Berita Harian.
Rusdi turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran dalam masyarakat.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau melaporkannya ke balai polis berhampiran.
“Aduan rasmi berhubung penganiayaan haiwan juga boleh dibuat menerusi laman web Jabatan Perkhidmatan Veterinar di pautan awa.dvs.gov.my bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap individu yang terbabit,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan perasaan tidak puas hati warganet berhubung kejadian didakwa pembunuhan dua kucing yang dikaitkan dengan perbuatan dera di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi itu.
Perkongsian itu turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat melaporkannya kepada pihak berkuasa supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.