Amaran ribut petir, hujan lebat di 3 negeri

Amaran ribut petir, hujan lebat di 3 negeri

Amaran itu melibatkan Perak, Selangor dan Sabah sehingga tengah hari ini.

thunder
Perak, Selangor dan Sabah diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Perak, Selangor dan Sabah, hingga tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan di Perak melibatkan kawasan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat.

Di Sabah pula kawasan dijangka terlibat ialah Pedalaman (Nabawan), menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.