
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, mangsa berusia 37 tahun itu diperdaya dalam bentuk mata wang kripto jenis tether (USDT) sebanyak 20,000 unit USDT bersamaan kira-kira RM85,000.
Katanya, kejadian bermula pada Mac lalu apabila mangsa ditawarkan pelaburan terbabit secara bersemuka dengan dua suspek lelaki warga asing antara umur 35 hingga 39 tahun bagi projek pembinaan hotel itu.
“Mangsa berminat kerana dijanjikan akan memiliki saham pemilikan sebanyak 1%, yang mana bersamaan dengan USD10,000.
“Pada 8 julai lalu, mangsa memindahkan mata wang kripto sebanyak 20,000 USDT ke pemilik akaun lain, milik suspek, bagi tujuan itu.
“Bagaimanapun, mangsa tidak mendapat sebarang pulangan dan keuntungan pelaburan selepas pembuat pembayaran terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, menurut Harian Metro.
Raub berkata polis turut menerima satu lagi laporan berkaitan pelaburan tidak wujud daripada seorang pendandan rambut kerugian yang diperdaya hingga kerugian lebih RM20,750.
Katanya, wanita berusia 48 tahun itu menerima mesej melalui WhatsApp daripada individu tidak dikenali yang memperkenalkan pelaburan saham dengan keuntungan cepat.
“Mangsa memberikan butiran peribadi dan nombor akaun bank kepada suspek bagi membuka akaun pelaburan. Pada 27 November hingga 12 Disember lalu, mangsa membuat tujuh transaksi ke lima akaun bank tempatan.
“Bagaimanapun selepas bayaran dibuat, suspek menyekat panggilan mangsa, menyebabkan mangsa gagal mendapatkan semula wangnya,” katanya.
Beliau berkata kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.