
Ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, berkata pendakwaan menerima arahan daripada peguam negara untuk merayu keputusan itu, lapor Berita Harian.
Terdahulu, Hakim K Muniandy membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua tuduhan terhadapnya atas alasan ia tidak berasas dan pendakwaan tidak mengemukakan unsur kesalahan dalam dalam setiap tuduhan.
Rosmah, 73, memfailkan permohonan untuk membatalkan tuduhan pada September 2023 dan perbicaraan dimulakan pada 12 Dis tahun lalu, selepas sebahagian kes didengar melalui keterangan daripada dua saksi.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama.
Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, Rosmah didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada ketua pengarah hasil dalam negeri pada atau sebelum 30 April 2014 hingga 2018.