Pemilik akaun TikTok dibebas, mohon maaf hina Agong, PM

Pemilik akaun TikTok dibebas, mohon maaf hina Agong, PM

Pemilik akaun TikTok Rayyan Wong ditahan kelmarin berhubung siasatan menghina Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor dan perdana menteri.

razarudin
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata lelaki 22 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis semalam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pemilik akaun TikTok, Rayyan Wong yang ditahan berhubung siasatan menghina Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor dan perdana menteri dibebaskan dengan jaminan.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata lelaki 22 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Menurutnya, permohonan reman terhadap lelaki itu ditolak mahkamah berikutan pempengaruh itu memohon maaf menerusi akaun TikToknya.

“Dia sudah buat permohonan maaf. Justeru, lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan,” katanya menurut Harian Metro.

Semalam, media melaporkan seorang pemilik akaun TikTok ditahan polis di rumahnya di Johor, kelmarin, selepas pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia membuat laporan berkaitan kandungan dimuat naiknya.

Pempengaruh itu dilaporkan berkata, dia sudah menurunkan video terbabit dan berjanji akan lebih berhati-hati dengan tidak menyebarkan fitnah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.