
Katanya kepada FMT, bahawa tindakan itu sejajar seruan kerajaan kepada kebertanggungjawaban lebih besar dalam badan berkanun.
Minggu lalu, Dewan Rakyat meluluskan pindaan ke atas Akta Profesion Undang-Undang 1976, yang mana memberi kuasa kepada ketua audit negara untuk mengaudit akaun lembaga itu, amalan yang dihentikan pada 2017.
Kulasegaran berkata, lembaga berkenaan ketika ini memegang dana RM55.2 juta.
Pada Oktober, timbalan menteri memberitahu Dewan Rakyat bahawa lembaga berkenaan membelanjakan RM20.5 juta bagi kos pengoperasian sejak tujuh tahun lalu, dengan RM3.89 juta dibelanjakan tahun lalu sahaja.
Katanya, tanpa pengauditan, aktiviti tahunan lembaga tidak diketahui orang awam.
“Kita amat mengambil berat berkenaan data kelulusan dan kegagalan dalam peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) dan bagaimana dana lembaga digunakan.
“Saya setuju itu dikatakan PMX (Perdana Menteri Anwar Ibrahim) bahawa tatakelola perlu telus,” kata Kulasegaran.
Fungsi utama lembaga itu melibatkan pengiktirafan ijazah undang-undang daripada universiti tempatan dan luar negara dan pengendalian peperiksaan CLP.
Peperiksaan CLP menjadi gerbang kepada pemegang ijazah undang-undang daripada senarai ditetapkan institusi tempatan dan asing yang tidak diiktiraf di bawah Akta Profesion Undang-Undang, sama ada di bawah atau oleh lembaga untuk kemasukan terus ke dalam amalan undang-undang di sini.
Pada 2024, kira-kira 1,500 graduan undang-undang menduduki peperiksaan CLP, dengan 450 calon menduduki semula satu atau lebih lima kertas ditetapkan.
Ketika ini, pihak lembaga mengenakan RM6,050 bagi menduduki peperiksaan CLP. Jumlah itu merangkumi yuran pendaftaran sebanyak RM4,000, yuran peperiksaan RM1,800, dan yuran pemprosesan RM250.
Setiap pendaftaran sah bagi tempoh maksimum lima tahun, di mana graduan undang-undang dibenarkan menduduki peperiksaan maksimum empat kali.
Gagal lulus dalam empat percubaan akan menyaksikan calon secara kekal disekat daripada mengambil peperiksaan CLP, sekali gus mengakhiri harapan mereka bergiat dalam amalan guaman.
Mereka yang lulus bersyarat perlu membayar tambahan RM1,000 bagi mengambil semula kertas, dengan maksimum tiga kali dibenarkan.
Kulasegaran berkata, lembaga mengutip RM4.2 juta dalam bentuk yuran antara Januari dan September tahun ini sahaja.
“Pihak lembaga mengutip jutaan ringgit daripada graduan undang-undang yang menduduki peperiksaan tahunan CLP, namun pengauditan akaun secara mengejut dihentikan pada 2017.
“Apabila saya memanggil pengarah peperiksaan CLP bagi penjelasan, beliau tidak mampu memberi alasan pemberhentian itu. Ini jelas salah, dan pindaan yang memasukkan Seksyen 9A dalam undang-undang berkenaan bagi membetulkan hampir dua dekad pemantauan,” katanya.