
Plus Malaysia Bhd berkata, susulan jangkaan trafik tinggi hingga 2 Jan, pengguna lebuh raya disarankan rancang perjalanan lebih awal menerusi aplikasi MyPLUS-TTA.
“Jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk merancang perjalanan di samping membantu mengagihkan trafik bagi perjalanan yang lebih lancar dan selesa.
“Pada masa sama, ia juga bertujuan untuk mengelakkan kenderaan terkumpul di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak dan kemungkinan terperangkap di dalam kesesakan,” katanya dalam kenyataan.
Plus berkata, pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi aplikasi Plus, Pembantu Maya – PUTRI, aplikasi X@plustrafik, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi terpilih atau menerusi saluran stesen radio utama negara.