
Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang, berkata 253 warga asing diperiksa dalam serbuan kira-kira 10 malam itu yang turut dibantu polis kontinjen Negeri Sembilan.
“Hasilnya, 69 pendatang tanpa izin (Pati) terdiri daripada 55 lelaki dan 14 wanita ditahan, termasuk empat yang dipercayai dalang utama perhimpunan ini.
“Ketika serbuan, Pati tidak dapat meloloskan diri kerana semua pintu dikepung pasukan operasi,” katanya menurut Harian Metro.
Menurutnya, kebanyakannya bekerja di sekitar Nilai dan ada yang datang dengan bas sewa khas dari Kuala Lumpur serta Lembah Klang.
Beliau berkata, antara kesalahan mereka ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Katanya, semua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.
Tan berkata, operasi itu hasil aduan, maklumat orang awam dan risikan selama seminggu berdasarkan risalah diedarkan.