Buang bayi belakang surau

Buang bayi belakang surau

Seorang ahli jawatankuasa surau menemui bayi itu di kawasan semak.

baby bayi
Ketua Polis Manjung Hasbullah Abd Rahman, berkata polis masih mengesan ibu bayi berkenaan. (Gambar Rawpixel)
IPOH:
Bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam semak dalam keadaan berbalut kain oleh orang awam di belakang sebuah surau di Kampung Permatang, Sitiawan.

Ketua Polis Manjung Hasbullah Abd Rahman, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu pada 6.54 petang semalam.

“Bayi tersebut telah dijumpai oleh salah seorang ahli jawatankuasa surau yang datang untuk membersihkan persekitaran surau sebelum menyedari bunyi tangisan bayi,” katanya dalam kenyataan.

Hasbullah berkata, bayi itu dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, polis masih mengesan ibu kepada bayi berkenaan dan mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat Nur Munawara Ahmad di talian 011-1624 0391 atau menerusi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222 dan Hotline WhatsApp 014-682 8005.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.