Curi kabel TM, 10 lelaki ditahan

Curi kabel TM, 10 lelaki ditahan

Semua suspek ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta dan beberapa peralatan pemotong kabel.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan beberapa suspek mencuri kabel TM di Taman Cheras Indah, Ampang Jaya. (Gambar PDRM)
KUALA LUMPUR:
Polis menahan 10 lelaki warga tempatan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel menerusi beberapa serbuan di Bukit Jalil dan Rawang dekat sini pada Isnin dan semalam.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail, berkata kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.

“Motif perbuatan mencuri ini adalah untuk dijual semula sebagai barangan lusuh,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Azam berkata semakan mendapati sembilan individu mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan kes dadah dan narkotik manakala hasil ujian saringan air kencing mendapati lima orang positif dadah.

Kesemua suspek direman empat hari hingga 13 Dis ini dan kes disiasat bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.