RUU pindaan Amla dibentang di Dewan Rakyat

RUU pindaan Amla dibentang di Dewan Rakyat

Objektif utama RUU itu adalah untuk mengukuhkan pengawasan dan penguatkuasaan bagi tujuan pencegahan.

dewan-rakyat
RUU pindaan Amla dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada sidang Dewan Rakyat kali ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Rang Undang-undang (RUU) Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla) (Pindaan) 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kali kedua juga akan dibuat pada sesi kali ini.

Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen, objektif utama RUU itu adalah untuk mengukuhkan pengawasan dan penguatkuasaan bagi mencegah kesalahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Selain itu, ia juga bagi memperkenalkan peruntukan baharu berkaitan dengan kesalahan pembiayaan kegiatan terhad, termasuk percambahan senjata pemusnah besar-besaran serta langkah pencegahan bagi melindungi sistem kewangan negara daripada disalahgunakan untuk tujuan jenayah.

Secara keseluruhan, RUU tersebut mengandungi 52 Fasal termasuk beberapa seksyen baharu yang dicadangkan.

RUU ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan kewangan tambahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.