Mayat disumbat dalam bagasi

Mayat disumbat dalam bagasi

Polis berkata bedah siasat dijangka dijalankan 9 pagi esok oleh Jabatan Forensik Hospital Serdang.

garisan kuning
Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata bagasi berwarna biru itu mengandungi mayat lelaki tanpa pengenalan diri.
PETALING JAYA:
Polis mengesahkan mayat berulat yang disumbat dalam bagasi di Taman CP6, Cheras Perdana, Kajang ialah lelaki berusia 30-an hingga 40-an.

Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata polis menerima panggilan orang awam pada 11.45 pagi tadi memaklumkan penemuan sebuah bagasi berbau busuk.

Menurutnya, sepasukan polis bersama pasukan forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) kemudian ke lokasi dan menemui sebuah bagasi berwarna biru mengandungi mayat lelaki tanpa pengenalan diri.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat yang dijangka dijalankan 9 pagi esok,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun.

Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta menghubungi balai polis terdekat atau pegawai penyiasat kes Umesh Ratna Kumar di talian 012-6114900.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.