Malaysia rekod RM254.7 bilion pelaburan dalam 9 bulan

Malaysia rekod RM254.7 bilion pelaburan dalam 9 bulan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ia peningkatan sebanyak 10.7% berbanding RM230.2 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

anwar ibrahim
Anwar Ibrahim berkata jumlah pelaburan itu membabitkan 4,753 projek yang dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Malaysia merekodkan keseluruhan pelaburan diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion dalam sembilan bulan pertama tahun ini.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata ia peningkatan sebanyak 10.7% berbanding RM230.2 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, nilai ini membabitkan 4,753 projek yang dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.

“Perkara itu dimaklumkan sewaktu saya mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 8 2024 terkait soal prestasi pelaburan,” katanya dalam hantaran X.

Beliau berkata, MPN turut bersetuju dan mengesahkan Garis Panduan bagi Pembangunan Pusat Data Mampan yang mengandungi metrik kecekapan Keberkesanan Penggunaan Tenaga (PUE) dan Keberkesanan Penggunaan Air (WUE).

Katanya, garis panduan ini akan diguna pakai sebagai syarat kelayakan insentif cukai bawah Skim Pecutan Ekosistem Digital (DESAC) yang juga inisiatif penambahbaikan polisi terkait usaha memacu pelaburan pusat data.

“Kerajaan Madani berterusan menambah baik dasar sedia ada dan mewujudkan dasar baharu sebagai langkah meningkatkan daya saing negara.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.