
Pada 3 Dis lalu, BAM mengesahkan penyiasat SPRM muncul di ibu pejabat badan itu untuk mendapatkan maklumat tertentu.
Ketua Pesuruhjaya Azam Baki menjelaskan bahawa siasatan SPRM tidak melibatkan keseluruhan BAM.
“Beberapa saksi tambahan telah dipanggil dan penyiasat masih meneliti isu elaun ini.
“Ini hanya melibatkan seorang individu, bukan keseluruhan entiti atau organisasi,” katanya kepada wartawan.
Menurutnya, enam saksi sudah dirakam percakapan berhubung kes ini, namun beliau tidak beritahu sama ada ia termasuk individu yang diperkatakan itu.
“Orang itu akan dipanggil. Ia seseorang dalam jawatankuasa peringkat tinggi.”
Sebelum ini, BAM dilaporkan berkata ia memberi kerjasama penuh kepada pegawai SPRM.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dilapor berkata siasatan sedemikian tatacara standard apabila aduan dibuat kepada SPRM.