
Beliau yang juga bekas ketua Umno Padang Besar, berkata kemasukan dalam parti direstui Presiden PKR Anwar Ibrahim dengan gerakan telah dimulakan untuk menubuhkan 400 ranting di seluruh negeri itu.
Katanya, beliau mahu membawa politik baharu terutama menarik sokongan pengundi Melayu Perlis kepada PKR. Beliau berkata, “PKR-Pakatan Harapan (PH) ini sudah ada 90% sokongan undian bangsa Cina, tapi Melayu itu belum tentu lagi.”
“Buat masa sekarang, PKR ada sekitar 60 ranting di Perlis dan kita tambah 400 ranting supaya dapat menambah sokongan rakyat dalam meraih kemenangan di negeri ini,” katanya menurut Utusan Malaysia selepas hadir Program Sumbangan Prihatin Madani, di Padang Besar.
Pada PRU15, Zahidi digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Padang Besar, namun bertanding sebagai bebas menjadikan keahliannya dalam Umno turut gugur. Beliau tumpas di kawasan Parlimen berkenaan termasuk di DUN Titi Tinggi.
Mengulas lanjut Zahidi berkata, sejak Perikatan Nasional (PN) mentadbir Perlis, tiada sebarang perubahan dilaksanakan khususnya dalam menjana pendapatan negeri.
Zahidi pernah menjadi timbalan menteri komunikasi dan multimedia dari 2021 hingga 2022.
Tahun lalu beliau pernah menyatakan mahu menyertai Amanah, apabila hasratnya untuk menyertai PKR menerima pelbagai reaksi dari peringkat atasan sehingga akar umbi parti itu.