
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata suspek berusia 45 dan 50 tahun itu menaiki sebuah bot memancing yang berdaftar di Singapura dan dipercayai berperanan sebagai ‘transporter’, dengan mengambil ubat terkawal berkenaan daripada pembekal di negara ini sebelum dijual ke negara jiran.
“Semua tong berkenaan disembunyikan di tempat menyimpan ikan, di dalam bot berkenaan. Bagaimanapun kita sedang menyiasat bagaimana mereka memperoleh bekalan pati ubat batuk itu di sini,” katanya pada sidang media.
Polis turut merampas sebuah bot fiber bernilai RM270,000, kunci bot, sebuah enjin jenama Mercury bernilai RM120,000 dan empat buah telefon bimbit, manakala cecair pati ubat batuk yang dirampas akan dihantar ke makmal untuk dianalisis.
Hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki berusia 45 tahun itu positif dadah jenis Nimetazepam dan kedua-duanya direman empat hari bermula semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun dan Seksyen 30(3) Akta Racun.