
Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah berkata pengoperasian AKPS yang akan bermula 1 Feb 2025 melibatkan 22 pintu masuk, dengan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang, Kelantan sebagai operasi rintis.
“AKPS dijangka untuk mengambil alih operasi seluruh pintu masuk aktif negara iaitu sebanyak 114 pada Januari 2026. Kita masih lagi dalam proses untuk meningkatkan dari segi perjawatan.
“AKPS adalah agensi kawalan barisan depan pintu-pintu sempadan negara dan pelabuhan, yang bertanggungjawab untuk penugasan kawalan dan pemeriksaan secara bersepadu di pintu masuk darat, laut dan udara,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan tambahan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang ingin tahu jumlah petugas AKPS dan kekuatan aset serta lokasi penugasan agensi berkenaan, selain statistik pemerdagangan orang melibatkan mangsa rakyat.