
Saarani Mohamad bagaimanapun berpesan kepada orang politik agar jangan celupar.
“‘Damage has been done’. Jadi semua orang kena ingat, kita tak boleh celupar sangat mulut kita. Sebab bila kita celupar, kita terlepas cakap, dia merosakkan dan meremukkan hati ramai orang, ini orang politik semua kena ingat,” katanya lapor Sinar Harian, pada sidang media di DUN Perak.
Pada sidang DUN Perak Isnin lalu, Razman dalam permohonan maaf mendakwa ucapan itu diambil di luar konteks dan meminta maaf sekiranya ada pihak terasa.
Permohonan maaf oleh pesuruhjaya PAS Perak itu menyusuli luahan Saarani pada 29 Nov lalu ketika sidang DUN, mengenai pihak tertentu yang memberi gelaran biadab dan menghina pentadbiran kerajaan negeri.
Pada 29 Okt lalu, Razman dilaporkan antara individu yang dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung satu perhimpunan di Dataran Menara Condong pada bulan sama.
Polis berkata kes disiasat di bawah Seksyen 9(1) Akta Himpunan Aman kerana berhimpun selain berucap tanpa kebenaran, lapor Bernama.
Media melaporkan lebih 300 individu berhimpunan di Dataran Menara Condong Teluk Intan, susulan insiden bendera negara China dikibarkan peserta Sambutan Guan Gong Sedunia, juga pada Oktober.
Razman dilaporkan memberita ucapan tanpa pembesar suara pada perhimpunan itu.