Tentera lemas, seorang lagi hilang di Hutan Royal Belum

Tentera lemas, seorang lagi hilang di Hutan Royal Belum

Dua mangsa itu dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi Sungai Merah bersama tujuh anggota lain pada 29 November lalu.

drowning lemas
Operasi SAR masih diteruskan untuk mencari Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi, menurut Ketua Polis Daerah Gerik Zulkifli Mahmood. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Seorang anggota tentera ditemukan lemas sementara seorang lagi masih hilang di kawasan Hutan Royal Belum semasa menjalankan tugas gerakan Operasi Kota Echo/Foxtrot pada 29 November lepas.

Mangsa lemas dikenali sebagai Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin manakala Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Gerik Zulkifli Mahmood berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden berkenaan pada 8.56 pagi tadi.

“Hasil siasatan awal, kejadian didapati berlaku pada 29 November lebih kurang 6 petang, semasa dua mangsa bersama tujuh anggota tentera lain sedang cuba menyeberangi Sungai Merah, mangsa gagal menyeberang dan dihanyutkan arus deras,” katanya menurut laporan Bernama.

Zulkifli berkata sehubungan itu penyelarasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Satu mangsa ditemukan lemas manakala satu lagi mangsa belum dijumpai, operasi SAR masih diteruskan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.