Tentera kerah aset pindah 189 calon SPM

Tentera kerah aset pindah 189 calon SPM

Jumlah itu melibatkan calon di kawasan Rantau Panjang.

Sejumlah 10 trak dan beberapa bot dibawa bagi memindahkan calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan itu bermula esok.
PETALING JAYA:
Aset tentera dikerah bagi memindahkan 189 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas banjir di Rantau Panjang, pagi ini.

SPM 2024 akan bermula esok hingga 6 Feb depan.

Semua pelajar akan diambil di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang dan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi.

Calon SPM itu terdiri daripada beberapa sekolah terjejas banjir, lapor Harian Metro.

Operasi bermula bermula 7 pagi membabitkan pelbagai aset tentera termasuk 10 trak terdiri daripada tiga, lima, dan tujuh tan.

Selain itu, beberapa bot turut dibawa berikutan terdapat laluan yang ditutup kepada semua kenderaan.

Operasi ini dijangka selesai pada 3 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.