
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kongres khas bagi meminda Perlembagaan parti akan diadakan secara hibrid.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh berkata kongres khas itu akan diadakan di Selangor pada 15 Dis ini.
“Butiran lokasi akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.
Kata Fuziah, keputusan menangguhkan kongres nasional itu setelah mengambil kira keperluan untuk memberi keutamaan kepada kebajikan anggota parti, sukarelawan dan rakyat yang sedang berdepan musibah banjir.
“PKR komited untuk memainkan peranan aktif dalam membantu mangsa banjir melalui pelbagai inisiatif kemanusiaan,” katanya.
Banjir di beberapa negeri semakin memburuk dengan jumlah mangsa meningkat kepada 142,684 orang pada petang tadi. Semua mangsa ketika ini ditempatkan di 715 pusat pemindahan sementara.