Kediaman rasmi ditenggelami air, keluarga MB Kedah terpaksa berpindah

Kediaman rasmi ditenggelami air, keluarga MB Kedah terpaksa berpindah

Paras air di kediaman rasmi menteri besar Kedah semakin menghampiri satu meter pada petang tadi.

Menteri besar Kedah ambil keputusan berpindah ke tempat lebih selamat apabila paras air di kediaman rasmi semakin meningkat mulai pagi tadi. (Gambar Facebook)
ALOR SETAR:
Keluarga Menteri Besar Kedah Sanusi Nor terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat selepas kediaman rasmi di Seri Mentaloon semakin ditenggelami air.

Pegawai khas media kepada menteri besar, Helmi Khalid, berkata paras air di kediaman itu semakin meningkat mulai pagi tadi dan menghampiri satu meter pada petang, kesan daripada limpahan Sungai Anak Bukit.

“Menteri besar mengambil keputusan untuk berpindah lebih awal tengah hari tadi ke tempat yang lebih selamat,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Helmi berkongsi di media sosial video memaparkan Sanusi menggendong anaknya keluar dari kediaman itu untuk berpindah berikutan air mencecah paras pinggang.

Isteri beliau, Jusmalailani Jusoh dan anak-anak mereka yang lain kelihatan membawa dan mengangkat beg keluar dari kediaman berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.