Bekas jurujual kedai emas didakwa pecah amanah lebih RM200,000

Bekas jurujual kedai emas didakwa pecah amanah lebih RM200,000

A Mitra Tarannia, 21, didakwa melakukan pecah amanah ke atas barang kemas milik sebuah kedai emas di Jalan Masjid India antara Februari dan Julai lepas.

mahkamah kuala lumpur
Bekas jurujual kedai emas, A Mitra Tarannia, 21, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan pecah amanah barang kemas bernilai lebih RM200,000.
KUALA LUMPUR:
Seorang bekas jurujual kedai emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah barang kemas bernilai lebih RM200,000.

A Mitra Tarannia, 21, didakwa melakukan pecah amanah ke atas barang kemas bernilai RM230,264 milik sebuah kedai emas di Jalan Masjid India di sini antara Februari dan Julai lepas.

Wanita itu dituduh mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya M Saravanan mencadangkan jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai dan tidak mengganggu saksi.

Peguam Gursharon Kaur, yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya kini bekerja sebagai pekerja stor sebuah kedai serbaneka dan mempunyai tanggungan keluarga.

Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menetapkan 8 Jan depan bagi sebutan kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.