
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga menerima baik teguran Zahid, dan mahu menjalin kerjasama yang erat dengan pemimpin tertinggi parti.
“Sebagaimana yang kita tahu pada hari ini, Umno menghadapi cabaran yang sengit terutama sekali dalam menghadapi PRU16 yang akan datang, banyak perkara yang perlu dibuat untuk menarik sokongan pengundi dan rakyat pada keseluruhannya untuk memilih Umno sebagai wakil kepada rakyat,” katanya dalam video di Facebook, malam tadi.
Penarikan balik penggantungan keahlian itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat majlis kerja tertinggi Umno semalam, yang dipengerusikan Zahid.
Tajuddin digantung keahlian bermula September 2022 selepas secara terbuka mengkritik Umno, berikutan penyingkirannya sebagai ahli MKT pada Jun tahun yang sama. Beliau juga menggesa Zahid meletakkan jawatan.
Tajuddin, 76, mewakili rakyat Pasir Salak selama tiga penggal, melalui PRU 2008, 2013, dan 2018.