Penjawat awam antara 13 ditahan berkait kartel pejabat tanah

Penjawat awam antara 13 ditahan berkait kartel pejabat tanah

Kartel itu dikatakan mengeksploitasi sistem dengan memadam dan menghilangkan rekod penting pindah milik tanah.

ramli
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ramli Mohamed Yoosuf berkata individu ditahan terdiri tujuh lelaki dan enam wanita berusia lingkungan 26 hingga 59 tahun.
KUALA LUMPUR:
Seramai 13 individu termasuk penjawat awam ditahan selepas polis membongkar kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di sebuah kawasan di Selangor.

Kartel itu dikatakan mengeksploitasi sistem dengan memadam dan menghilangkan rekod penting pindah milik tanah yang didalangi kakitangan pejabat berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ramli Mohamed Yoosuf, berkata siasatan bermula awal bulan ini selepas menerima laporan daripada seorang penolong pegawai daerah yang mencurigai beberapa transaksi pindah milik tanah.

Katanya, melalui laporan polis pengadu memaklumkan terdapat beberapa transaksi pindah milik tanah yang mencurigakan dan berlaku secara tidak sah.

“Pengadu turut melaporkan terdapat kehilangan beberapa dokumen melibatkan borang pindah milik tanah dari bilik kebal,” katanya dalam sidang media di JSJK Bukit Aman.

Ramli berkata, individu ditahan terdiri tujuh lelaki dan enam wanita warga tempatan berusia lingkungan 26 hingga 59 tahun.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.