
Muhd Fairul Fizree Abdul Hamid, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Siti Nurhidayah Mohd Noor.
Mengikut pertuduhan, Fairul dan dua lagi lelaki didakwa secara bersama mencuri wang tunai RM200,000 dalam milikan majikannya iaitu syarikat Kawal Wiramas Sdn Bhd, di sekitar lampu isyarat Taman Kristal, Alor Setar, kira-kira 10.34 pagi, 19 Nov.
Siti Nurhidayah dalam penghakimannya, berkata hukuman mengambil kira kesalahan dilakukan tertuduh sebagai seorang yang memikul tanggungjawab terhadap majikannya, namun mengingkari amanah itu.
“Hukuman ke atas tertuduh mengambil kira amanah dan integriti yang dikhianati walaupun wang itu dikembalikan, selain faktor kepentingan awam sebagai satu pengajaran,” katanya menurut Kosmo.
Beliau turut memerintahkan agar tertuduh dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda.
Terdahulu, tertuduh diwakili peguam Mohd Khairul Afizuddin Ramli memohon hukuman diringankan kerana anak guamnya berpendapatan RM1,500 sebulan dan menanggung anak kepada seorang kakak yang kudung kaki serta perlu menjalani dialisis.
Dalam prosiding sama, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R Jayasri mengemukakan beberapa bahan bukti termasuk wang tunai RM200,000 tersebut.