
Katanya, terbaru Hyundai Motor Company (HMC) mengumumkan pelaburan tambahan RM2.16 bilion di Kulim.
“HMC merancang untuk menjalankan pemasangan kenderaan tempatan, termasuk model kenderaan elektrik (EV) di Kulim, Kedah,” katanya di Facebook.
Semalam, Menteri Besar Kedah Sanusi Nor mendakwa ada ‘perancangan besar’ untuk menggagalkan pelaburan swasta di negeri itu.
Katanya, syarikat yang berhasrat melabur di Kedah akan diberi tekanan dan sekatan supaya menarik diri daripada projek yang diumumkan.
Beliau memberi contoh keputusan Bin Zayed International Group of Companies (BZI) yang menarik diri daripada projek Langkasuka di Langkawi bernilai RM40 bilion namun tidak mendedahkan puncanya.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata HMC menerusi pelaburan itu akan menghasilkan model premium dan mewah disasarkan untuk pasaran Asean yang dijangka bermula pada pertengahan 2025.
“Kerjasama ini turut merangkumi pengembangan ekosistem EV tempatan, dengan penekanan kepada teknologi bateri EV yang berinovasi tinggi,” katanya.
Beliau berkata, menerusi pelaburan tambahan itu Hyundai akan mengukuhkan peranan Malaysia sebagai hab automotif serantau, selaras Pelan Induk Perindustrian Baharu.
Katanya, komitmen Hyundai juga akan mewujudkan ratusan pekerjaan berkemahiran tinggi, dan mencipta lebih banyak pekerjaan tambahan untuk perusahaan kecil serta sederhana yang menyokong operasi mereka.