Guru disyaki lemas ketika memancing

Guru disyaki lemas ketika memancing

Murdani Ab Rahman tergelincir di Sungai Pahang semasa cuba ambil kerusi di sebuah bot bersebelahan.

Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dipercayai lemas dengan operasi pencarian di Sungai Pahang masih berjalan. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Guru lelaki dipercayai lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran dekat Kuantan, petang tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Maran, Mohd Nor Azhar Yusof, 53, berkata Murdani Ab Rahman ketika itu sedang memancing di atas rakit bersama rakannya, cuba mengambil kerusi di sebuah bot bersebelahan sebelum tergelincir.

“Mangsa telah disedari terjatuh ke dalam Sungai Pahang kira-kira 6 petang dan satu laporan polis berkenaan dengannya telah dibuat. Susulan itu, Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah diaktifkan bagi menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Proses pencarian (surface searching) bermula selepas taklimat oleh bomba dengan melibatkan pasukan bomba, APM, dan juga polis,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, operasi pencarian sedang berjalan hingga kini dan akan diteruskan sehingga mangsa dijumpai dengan kerjasama dan sokongan komuniti setempat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.