
Pengerusi BN Zahid Hamidi, berkata perkara itu akan dibincangkan dengan rakan dalam kerajaan perpaduan dalam usaha mengembalikan Wilayah Persekutuan sebagai kawasan putih bagi parti itu.
“Yang penting Wilayah Persekutuan mesti diputihkan dan saya mengharapkan bukan sekadar tiga kerusi di wilayah, termasuk kawasan Datuk Jo (Johari Ghani-Parlimen Titiwangsa), Putrajaya, dan Labuan, insya-Allah kita berunding baik-baik kita akan dapat lima kerusi,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen BN Wilayah Persekutuan, di di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Beliau berkata, Umno, MCA, MIC, PBRS, dan Friends of BN perlu bekerjasama dengan parti lain dalam kerajaan perpaduan.
Wilayah Persekutuan mempunyai 13 Parlimen, dengan 10 dikuasai Pakatan Harapan (PH), dua Perikatan Nasional (PN), dan satu BN, pada PRU15.
Zahid ketika mengulas lanjut, berkata BN juga perlu kembali dominan dalam arena politik negara selepas PRU16.
“Budaya kita bukan budaya pembangkang, bukan budaya melukut di tepi gantang, kita kena kembali dominan wajib menang banyak kerusi,” katanya.