Ahli Parlimen Kota Melaka pengerusi baharu DAP negeri

Ahli Parlimen Kota Melaka pengerusi baharu DAP negeri

Bekas Adun Gadek G Saminathan kekal sebagai timbalan pengerusi, manakala Adun Banda Hilir Leng Chau Yen dan S Chandru masing-masing naib pengerusi.

Khoo Poay Tiong
Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong (duduk, tengah) dan ahli jawatankuasa DAP Melaka penggal 2024-2027 yang lain selepas pelantikan mereka hari ini. (Gambar DAP)
MELAKA:
Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong dilantik sebagai pengerusi DAP Melaka bagi penggal 2024-2027.

Adun Kesidang Allex Seah Shoo Chin yang dilantik sebagai setiausaha DAP negeri bagi penggal sama berkata, keputusan itu dibuat selepas 15 ahli jawatankuasa peringkat negeri yang menang tanpa bertanding bermesyuarat petang ini tentang jawatan yang akan disandang masing-masing.

Sementara itu, katanya, bekas Adun Gadek G Saminathan kekal sebagai timbalan pengerusi negeri, manakala Adun Banda Hilir Leng Chau Yen dan S Chandru masing-masing naib pengerusi.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook sebelum ini dilaporkan berkata, DAP Melaka mengekalkan pelaksanaan pemilihan pucuk pimpinan parti itu tanpa pertandingan buat kali kedua berturut-turut sejak 2021.

Katanya, ini hasil konsensus ahli parti itu yang bersetuju mencalonkan 15 nama bagi menganggotai senarai ahli jawatankuasa peringkat negeri itu tanpa sebarang pertandingan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.