Tumpu tambah ahli daripada debat calon PM, Tuan Ibrahim nasihat komponen PN

Tumpu tambah ahli daripada debat calon PM, Tuan Ibrahim nasihat komponen PN

Timbalan presiden PAS mahu semua komponen PN menambah cawangan parti masing-masing untuk berdepan PRN Sabah dan PRU16.

Perikatan Nasional
Tuan Ibrahim Tuan Man mahu isu calon PM dibincang dalam Majlis Pimpinan Tertinggi PN, dengan Presiden Gerakan Dominic Lau dan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu senada mahu Muhyiddin Yassin diangkat.
PETALING JAYA:
Tidak perlu menghabiskan masa berdebat isu calon perdana menteri daripada Perikatan Nasional (PN), kata seorang pemimpin tinggi PAS menegur rakan komponen Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ini kerana Majlis Pimpinan Tertinggi PN tidak pernah membincangkan perkara itu, sebaliknya beliau mahu Bersatu dan Gerakan bekerja menambah cawangan demi berdepan PRU akan datang.

“Isu siapa akan jadi calon PM tidak perlu dijadikan polemik, bahkan di kalangan pimpinan Majlis Pimpinan Tertinggi PN ianya tidak pernah menjadi topik perbincangan…kerana masa ini adalah masa memperkukuhkan parti, mendekati rakyat, dan memperjuangkan nasib mereka.

“Banyak isu utama yang melanda negara kini dengan pelbagai isu yang menghimpit rakyat. Adalah lebih baik semua komponen PN mencari jalan membanyakkan cawangan, keahlian, dan program bersama rakyat,” katanya kepada FMT.

Tegasnya, isu melibatkan dasar parti perlu diserahkan kepada pimpinan untuk diteliti dan dibincang apabila tiba masanya.

Beliau berkata, tumpuan ketika ini adalah berdepan PRN Sabah yang dijangka diadakan pada tahun depan.

“Kami yakin dengan kepimpinan Bersatu yang baru selesai mengadakan pemilihan, fokus kini ialah merangka strategi yang berkesan untuk rakyat Sabah, yang telah memberi mandat dalam PRN lalu,” katanya.

Semalam, Mursyidul Am Hashim Jasin, berkata PAS lebih layak memimpin PN kerana wakil rakyatnya paling ramai di Parlimen dan mempunyai jentera akar umbi yang kuat.

Bekas Adun Sanglang itu mengulas kenyataan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu, yang Pengerusi PN Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal jawatan perdana menteri bagi gabungan pembangkang pada PRU akan datang.

Selain itu, Presiden Gerakan Dominic Lau dalam kenyataan mempertahankan Muhyiddin diangkat calon PM dan ‘poster boy’ komponen itu menuju PRU16.

Lau berkata, presiden Bersatu itu berpengalaman, selain mengutamakan pendekatan bersama dan kesederhanaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.