Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan standard DLP

Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan standard DLP

Dr Annuar Rapaee berkata, kerajaan negeri sedia berbincang dengan sekolah-sekolah bukan bawah DLP.

Semua pelajar DLP Sarawak akan menduduki peperiksaan penilaian standard, iaitu murid Tahun 6 mulai 2025 dan Tingkatan 3 bermula 2028, dikelolakan oleh Cambridge University Press & Assessment. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan Sarawak sedia berbincang dengan sekolah bukan bawah Program Dwibahasa (DLP) yang mahu menduduki peperiksaan penilaian standard, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dr Annuar Rapaee.

Beliau berkata, program itu ketika ini hanya dilaksanakan di sekolah kebangsaan di Sarawak, namun terdapat juga sekolah jenis kebangsaan dan sekolah swasta yang mahu menduduki peperiksaan itu.

“Misalnya, SJKC bukan bawah DLP, tetapi mungkin mereka mahu menduduki peperiksaan itu … (begitu juga) ada sekolah swasta bertanya sama ada mereka boleh menduduki peperiksaan, itu kita boleh bincang,” kata Annuar, yang juga Adun Nangka.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Outreach MLNG Bestari di SMK Jalan Oya, Sibu, lapor Bernama.

Annuar berkata, semua pelajar DLP Sarawak akan menduduki peperiksaan penilaian standard, iaitu murid Tahun 6 mulai 2025 dan Tingkatan 3 bermula 2028, dikelolakan oleh Cambridge University Press & Assessment untuk menjamin kualiti peringkat antarabangsa.

Dengan adanya ujian-ujian berkenaan, katanya, pencapaian para pelajar di Sarawak dapat diukur.

“Kita boleh melihat sekolah mana yang boleh kita bantu jika mereka mendapat keputusan yang tidak baik,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.