Wan Azizah saran ‘rumah’ untuk kucing gelandangan

Wan Azizah saran ‘rumah’ untuk kucing gelandangan

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata 'rumah kucing' boleh menawarkan perkhidmatan seperti vaksinasi, rawatan neuter dan adopsi kucing.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Dr Wan Azizah Wan Ismail melihat perkhidmatan ditawarkan hotel kucing ketika melawat Wisma Pet Universe di Ampang hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan “rumah kucing” diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, “rumah kucing” boleh menawarkan perkhidmatan seperti vaksinasi, rawatan neuter dan adopsi kucing.

“Di Bandar Tun Razak ada banyak kucing gelandangan yang dibuang merata-rata…langkah ini (rumah kucing) dapat menyumbang kepada masyarakat lebih penyayang dan bertanggungjawab,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Persatuan Rakan Kucing Malaysia dan Pet Universe di sini.

MoU itu bagi meningkatkan kesedaran tentang kebajikan kucing dan menggalakkan pemilikan haiwan peliharaan bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat.

Justeru, Wan Azizah yang juga isteri perdana menteri menyeru agensi kerajaan, syarikat swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti bersama meningkatkan standard kebajikan haiwan peliharaan di Malaysia dengan mewujudkan “rumah kucing”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.