Bau busuk, 2 mayat warga emas ditemukan

Bau busuk, 2 mayat warga emas ditemukan

Polis berkata warga emas itu masing-masing berusia 65 dan 67 tahun.

bomba
Bomba membuka pintu jeriji susulan aduan bau busuk dari sebuah rumah, dalam kejadian di Taman Mewah, Kulai, hari ini. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Bau busuk dari sebuah rumah membawa kepada penemuan dua mayat warga emas, dalam kejadian di Taman Mewah, di Kulai, Johor, tengah hari tadi.

Mayat kedua-duanya ditemukan hari ini selepas jiran membuat laporan polis.

Ketua Polis Kulai Tan Seng Lee, berkata laporan kematian itu melibatkan warga emas berusia 65 dan 67 tahun.

“Kes masih dalam siasatan, namun siasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah.

Setakat ini, ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, jurucakap bomba Johor memaklumkan menerima panggilan untuk bantuan membuka rumah berkunci pada 12.37 tengah hari.

Katanya, enam anggota bomba Kulai bersama jentera dan kenderaan EMRS ke lokasi dan dimaklumkan sepasang warga emas terkunci dalam rumah.

Menurutnya, tindakan segera diambil sebelum mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis.

“Operasi tamat pada 1.58 tengah hari,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.