CEO HRD Corp kembali bertugas

CEO HRD Corp kembali bertugas

Menteri Sumber Manusia Steven Sim kata seseorang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, dan tiada individu didakwa di mahkamah.

steven
Menteri Sumber Manusia Steven Sim kata kementerian akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ketua Pegawai Eksekutif Human Resource Development Corp (HRD Corp), Shahul Hameed Shaik Dawood, sudah kembali bertugas, selepas bercuti sementara bagi memberi ruang kepada siasatan badan antirasuah.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim ketika menjawab pertanyaan RSN Rayer (PH-Jelutong) di Dewan Rakyat.

Sim berkata cuti diberikan itu bagi membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.

“Semua juga tahu ‘everyone is assumed innocent until proven guilty’, dan dalam keadaan ini tiada anggota atau individu dalam HRD Corp yang didakwa di mahkamah,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2025.

Sim berkata kementerian akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah, termasuk memecat atau mengambil tindakan undang-undang.

“Tetapi sehingga laporan akhir SPRM dan pihak berkuasa dikeluarkan, saya rasa tidak adil kita menuding jari kepada sesiapa, lebih-lebih lagi tak ada didakwa sama ada oleh polis atau di mahkamah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.