70%-80% kos lawatan Anwar ke 5 negara ditanggung swasta

70%-80% kos lawatan Anwar ke 5 negara ditanggung swasta

Perdana menteri berkata kos perjalanan ke lima negara itu ditanggung syarikat swasta mempunyai kepentingan perniagaan dan pelaburan yang mengikuti rombongannya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Rio De Janeiro, Brazil pada Selasa lalu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Anwar Ibrahim berkata kira-kira 70% hingga 80% kos lawatan rasminya ke lima negara ditanggung syarikat swasta yang turut menyertai rombongan itu.

“Kita undang syarikat terbabit umpamanya Petronas, Sapura Energy, Yinson, Proton dan (syarikat semikonduktor) yang datang mengikuti rombongan.

“Mereka bayar tambang dan kos. Jadi, maknanya tak salah saya sekitar 70%, 80% kos penerbangan itu ditanggung syarikat yang ada kepentingan perniagaan dan pelaburan. Kerajaan bantu syarikat ini sama ada import atau eksport.

“Jumlah sebenarnya belum ada sebab saya baru tiba (balik) semalam, tetapi kos itu memang tinggi kerana dari Kuala Lumpur ke Kaherah, Riyadh, Lima, Rio de Janeiro dan Doha. Memang setengah dunia, tiga benua,” katanya di Dewan Rakyat menjawab pertanyaan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berhubung implikasi kos dan hasil lawatannya ke luar negara baru-baru ini.

Anwar melakukan lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 Nov lalu atas jemputan rakan sejawatannya Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Shanghai.

Beliau kemudian ke Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil mulai 9 Nov hingga kelmarin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.