Disyaki peras ugut warga Arab Saudi, 3 polis ditahan

Disyaki peras ugut warga Arab Saudi, 3 polis ditahan

Mangsa membuat laporan diperas ugut semasa ditahan ketika memandu di Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

handcuff
Ketua Polis Rembau Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed, berkata tidak berkompromi terhadap mana-mana individu atau polis didapati melakukan kesalahan undang-undang.
PETALING JAYA:
Tiga anggota polis antara ditahan susulan dakwaan ugutan dan peras ugut terhadap seorang lelaki warga Arab Saudi, di Rembau.

Ketua Polis Rembau Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed, berkata pihaknya menerima aduan salah laku itu selepas mangsa berusia 50 tahun tampil membuat laporan.

Beliau berkata, mangsa mendakwa telah ditahan semasa memandu dan diperas ugut beberapa anggota polis.

“Kejadian berlaku semasa mangsa memandu di Lebuhraya Utara Selatan arah utara. Oleh itu, empat individu iaitu tiga anggota polis dan seorang orang awam telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau polis yang didapati melakukan kesalahan undang-undang yang boleh mencalarkan imej pasukan,” katanya menurut Kosmo di Rembau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak pasti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.