
Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim, berkata dalam kejadian pada 12.30 tengah hari itu, mangsa maut dilanggar kenderaan pacuan empat roda yang berhenti di belakang keretanya selepas sebuah bas merempuh pacuan empat roda berkenaan.
“Mangsa warga tempatan berusia 65 tahun itu sedang mengambil tayar ganti di but belakang keretanya, manakala kenderaan pacuan empat roda berkenaan berhenti untuk membantu mangsa.
“Kemalangan ini mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini dari sebuah hospital di ibu negara dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Iqbal memohon orang ramai mempunyai maklumat menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam, Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354.