
Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim yang memaklumkan mahkamah, laporan penuh psikiatri Norizan Ismail, 49, belum diterima kerana masih menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Johor Bahru.
Terdahulu, suri rumah dan ibu tiga anak itu diperintah menjalani pemeriksaan mental berikutan pertuduhan pertama terhadapnya mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan pada 15 Okt lepas.
Norizan didakwa melakukan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, pada 7.35 malam 9 Okt lepas di Jalan Pantai berhadapan UiTM Dungun.
Dia sebelum ini didakwa atas tiga pertuduhan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian tiga penuntut UiTM Dungun, iaitu Muhammad Akmal Md Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20.
Pada 15 Okt lepas, Majistret Nur Amirah Fatihah Osman memutuskan Norizan dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk pemeriksaan mental selama sebulan.
Tertuduh diwakili peguam Mohd Shahir Mat Jusoh.