
Mereka ialah Taufiq, 31; Muhammad Saifun Nur, 25; Mahdi Ismail, 48; Atriman Nurdin, 33; Muhammad Nazari, 48; Muhammad Saidi, 42; Munawar, 25; Ricky, 54; Ikramullah, 23; Muhammad Yani, 20, dan Adrian, 29.
Semua didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas memiliki barang kawalan berjadual iaitu minyak masak sebanyak 4,000kg dalam keadaan menimbulkan syak yang munasabah di sebuah premis tanpa nama, Jalan Kajang Jaya 1, pada 8.35 malam, 12 Nov.
Pertuduhan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya boleh didenda sehingga RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Muhammad Saiful Saaidin tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana semua tertuduh tidak mempunyai alamat tetap dan bukan warganegara Malaysia serta memohon mahkamah menetapkan satu tarikh sebutan untuk laporan kimia.
Semua tertuduh tidak diwakili peguam tidak mengemukakan rayuan.
Hakim Mazualina Abdul Rashid tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 17 Dis untuk sebutan semula kes bagi laporan kimia sebelum menjatuhkan hukuman.