
SPRM dalam kenyataan berkata, siasatan awal terhadap aduan itu membawa kepada penemuan maklumat mengaitkan beberapa Adun Sabah disyaki terlibat dakwaan rasuah membabitkan ahli perniagaan berkenaan.
Justeru, agensi antirasuah itu mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang dan memberi ruang untuk melengkapkan siasatan dengan telus serta menyeluruh.
Sebelum ini, pemberi maklumat dilapor memberikan lapan video kepada Malaysiakini mengaitkan seorang ahli perniagaan dengan beberapa Adun didakwa membincangkan rasuah ratusan ribu ringgit untuk mereka sebagai balasan mendapatkan projek di Sabah.
Pada 12 Nov lalu, FMT melaporkan satu laporan dibuat kepada SPRM terhadap bekas pegawai kanan sebuah syarikat perlombongan negeri di Sabah didakwa menyalahgunakan kuasanya dengan bekerja dengan broker untuk membantu syarikat cari gali mineral mendapatkan lesen cari gali melalui rasuah.